Mengapa Perlu Takaful - Siri 1 PDF Print E-mail
Written by Zul – Azri Hosaini   
Friday, 31 July 2009 07:04

Assalamualaikum wbt…

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelawat yang sudi melayari laman sesawang ini. Saya juga berharap agar teman-teman terus mengikuti perkembangan laman ini tanpa rasa jemu kerana saya akan cuba berkongsi dengan teman-teman sebanyak mungkin ilmu berkenaan takaful yang ada pada saya. Saya bukanlah terlalu pakar berkenaan takaful, tetapi dengan ilmu yang sedikit inilah saya ingin berkongsi dengan teman-teman.

Teman-teman sekalian, pada hari ini kita cukup bertuah kerana masih diberi peluang untuk menghela nafas, menghirup udara segar secara percuma ciptaan tuhan sedangkan dalam masa yang sama mungkin ada diantara sahabat kita, saudara mara bahkan adik-beradik kita yang telah ditarik kembali nikmat itu. Kita juga wajib bersyukur, kerana pada hari ini kita masih mampu untuk melihat keindahan alam semulajadi secara percuma juga ciptaan tuhan sedangkan pada masa yang sama mungkin ada dalam kalangan sahabat kita yang tidak lagi mampu melihat walau hanya sejalur cahaya. Bertuahnya kita apabila terjaga dari tidur kita masih mampu mendengar pelbagai irama dan rentak alam yang tidak pernah sunyi dan semuanya ini adalah nikmat yang tidak ternilai harganya pemberian yang maha Esa yang sewajarnya dijaga dan dilindungi dengan sebaik mungkin.

Berbalik kepada takaful, saya seperti juga teman-teman sekalian amat bertuah kerana bagi kita sebagai rakyat Malaysia ini diberikan banyak pilihan yang amat jarang terdapat di mana – mana Negara di dunia ini. Kehidupan kita padat dengan kepelbagaian serta pilihan dan semuanya terpulang kepada kita sebagai individu untuk memilihnya. Sebagai umat Islam, sudah pasti apa sahaja pilihan kita harus berpaksikan kepada apa yang terkandung dalam syariat Islam dan pilihan itu sudah pastilah yang HALAL. Ini adalah bertepatan dengan hadis nabi yang bermaksud “yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata”.

Mengapa perlu takaful? apakah kebaikan takaful?, apa manfaat yang saya perolehi dengan memiliki takaful? bukankah takaful itu sama saja dengan insuran? dan pelbagai lagi persoalan yang mugkin menjadi antara persoalan yang sering bermain di minda teman-teman,

Sebenarnya pada hari ini masih ramai lagi orang yang tidak tahu dan faham apakah takaful, peranan serta kepentingannya dalam kehidupan seharian kita yang semakin mencabar kini. Manakan tidak kalau istilahnya juga sering bertukar antara “takaful” dan “tafakul” lucu juga mendengarnya tapi itulah hakikat sebenar betapa ceteknya sesetengah dari kita akan maksud di sebalik perkataan takaful itu.

Apa itu takaful? Dalam menjawab persoalan ini, saya ingin menjelaskan dahulu takaful dari sudut definisi. Definisi takaful, menurut Akta Takaful 1984, iaitu sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. Melihat kepada definisinya sahaja sudah cukup cantik dimana takaful ini berasaskan kepada persaudaraan, dengan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Konsep kerjasama inilah yang amat dituntut dalam agama Islam.

Di dalam agama Islam, penekanan kepada konsep kerjesama ini adalah amat jelas sebagaimana mafhum sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud iaitu “Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.

 

sambungan ke siri 2

 

Apa Kata Mereka

AmmarProgram Simpanan Bestari Malaysia adalah satu program pada saya amatlah sesuai dan tepat pada masanya. Ketika kegawatan ekonomi melanda ini, simpanan dan insuran adalah perkara wajid yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia. Ini pelaburan masa panjang dan menjamin kesejahteraan diri dan keluarga. Saya mesti pilih Takaful Etiqa!

Ammar, Putrajaya


TarmiziUcapan tahniah kepada Saudara Zulazri kerana telah membina satu laman yang mengajar setiap individu tentang pentingnya membuat penyediaan awal demi masa depan dengan Takaful Etiqa. Semoga usaha beliau akan diberkati dan dirahmati.

Tarmizi, Alor Star

Kata-Kata Himah

Biasakanlah bersikap jujur sekalipun di hadapanmu terlihat bahaya, sebab itu bukanlah bahaya tetapi bahagia. Jauhilah kebohongan sekalipun di hadapanmu terlihat bahagia, sebab itu bukanlah bahagia melainkan bahaya.

Keterangan Lanjut

Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah yang anda tinggalkan untuk insan yang tersayang.

 Sekiranya anda berminat untuk menyertai Skim Simpanan dan Perlindungan Takaful. Sila tinggalkan nombor telefon anda untuk penjelasan lanjut.


Nama:

No. Tel:

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini42
mod_vvisit_counterSemalam89
mod_vvisit_counterMinggu Ini42
mod_vvisit_counterBulan Ini467
mod_vvisit_counterKeseluruhan78968

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ruangan Iklan

KABINET DAPUR - HUBUNGI 0135052861

P1 Wimax Resseller Jalur Lebar Kelajuan TINGGI - 0195518787

Ingin Menjadi Wakil Etiqa Takaful?

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA