Mengapa Perlu Takaful - Siri 2 PDF Print E-mail
Written by Zul – Azri Hosaini   
Monday, 03 August 2009 03:26

KONSEP TABARRU`

Saya ingin menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan konsep tabarru` ini. Terdahulu saya cukup teruja untuk menyatakan inilah antara cirri istimewa yang ada pada takaful yang tidak ada pada insurans. Takaful mempunyai prinsip serta falsafah yang tersendiri dengan menekankan kepada sifat keikhlasan. Konsep tabarru` ini menekankan sifat keikhlasan dalam membantu dalam kalangan peserta itu sendiri dengan kata lain, para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan atau skim takaful yang berkenaan.

Konsep tabarru` ini adalah lebih kepada mewujudkan perhubungan yang erat dalam kalangan peserta yang bersetuju menanggung secara bersama sebarang kerugian yang mungkin disebabkan oleh risiko seperti kemalangan, bencana, kematian dan sebagainya yang menimpa dalam kalangan peserta dan inilah yang semangat persaudaraan yang wujud dalam perkataan takaful itu.

Apa kebaikan atau keistimewaan takaful? Seperti yang telah saya nyatakan terdahulu, takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama, tanggungjawab dan persaudaraan  dalam kalangan peserta takaful tersebut. Ini sudah pasti banyak kelebihan serta keistimewaan yang ada dalam takaful antaranya para peserta mendapat manfaat dalam tiga bentuk seperti berikuta;

Pertama: Manfaat dari segi fizikal, iaitu para peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah, mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

Kedua: Manfaat dari segi rohaniah, iaitu para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan social dengan kaedah tabarru`. Dengan itu, para peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta dapat digunakan untuk menolong peserta lain yang ditimpa musibah atau bencana.

Ketiga: Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas daripada unsure yang bercanggah dengan kehendak Syarak. Ini kerana, mengikut Akta Takaful 1984, telah menghendaki penubuhan sebuah Jawatankuasa Syariah untuk memberi panduan kepada pengendali- engendali takaful supaya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bercanggah atau yang ditegah oleh Syarak.

Bukankah insurans dan takaful itu sama sahaja?. Dalam menjelaskan persoalan seperti ini, saya tertarik untuk memberikan gambaran kepada teman-teman bahawa jika dilihat secara yang tersurat diantara takaful dan insurans adalah sama, tetapi hal sebaliknya jika dilihat dari sudut yang tersirat. Jika teman-teman masih kurang faham biarlah saya memberikan contoh begini, di hadapan anda terdapat dua ekor ayam dan kedua-duanya telah mati. Seekor ayam yang mati telah disembelih terlebih dahulu mengikut adab dan tertib menurut syarak manakala seekor lagi telah dimatikan dengan cara yang tidak mengikut syarak. Persoalannya, adakah kedua-dua ekor ayam itu sama? Sudah pastilah sama sahaja tetapi mana satu yang HALAL dimakan dan yang mana pula HARAM dimakan?. Dalam hal ini saya cukup yakin yang teman-teman sudah mengetahui jawapannya malah sebagai umat Islam kita sama sekali ditegah untuk mengambil yang HARAM.

PENDAPAT ULAMA` TERHADAP INSURANS

Konsep insurans dari kacanata Islam mula dibicarakan oleh Sheikh Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai ‘Ibnu Abidin’. Beliau membicarakan insurans perkapalan di zaman Khilafah Othmaniah dan berpendapat bahawa bentuk insurans pada masa itu tidak dibenarkan oleh syarak. Tetapi beliau masih berpandangan boleh menerima pampas an jika perjanjian itu dilakukan di Negara bukan Islam.

Pada tahun 1965, Kongres Penyelidikan Islam yang berlangsung di Kaherah telah membincangkan persoalan hokum insurans di dalam dunia Islam. Kemudian dari itu, satu lagi persidangan peringkat antarabangsa iaitu Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Ekonomi Islam yang diadakan di Mekah pada tahun 1971 telah turut membincangkan persoalan mengenai insurans.

Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang kelima telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang telah dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans adalah suatu muamalat yang fasid (rosak/tidak sah) dan tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi unsure-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba`. Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans menjadi sebab utama kenapa insurans konvensional diharamkan.

Pada tahun 1985, Majlis Tertinggi Ulama` di Mekah, Arab Saudi, Akademi Fekah Islam (Majma` al-Fiqh), telah mencadangkan sistem takaful yang mengikut hukum syarak sebagai alternatif kepada insurans. Dalam cadangan berkenaan, kontrak tabarru` diperkenalkan untuk menghindari unsure-unsur seperti gharar dan maisir.

Hasil persidangan-persidangan yang telah diadakan berkenaan dengan insurans telah mencetuskan kesedaran untuk menjalankan sistem insurans yang mengikut syariat Islam. Berasaskan kepada kesedaran tersebut, para ulama` telah mencadangkan agar sistem insurans haruslah disandar kepada konsep takaful.

Menurut para ulama` khususnya Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i.                    Setiap peserta yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan niat untuk membantu demi menegakan prinsip ukhuwah (persaudaraan). Sebahagian daripada wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang memerlukannya.

ii.                   Apabila wang sumbangan itu diperniagakan, hendaklah mengikut Syarak iaitu pelaburan yang dibenarkan oleh syarak.

iii.                 Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan untuk mendapatkan imbalan yang berlipat kali ganda apabila terjadi sesuatu musibah, tetapi ia diberikan pampasan berdasarkan persetujuan bersama.

iv.                Konsep tabarru` sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan ini haram hukumnya ditarik kembali. Jika terjadi sesuatu peristiwa, haruslah diselesaikan menurut syarak.

 

Apa Kata Mereka

AmmarProgram Simpanan Bestari Malaysia adalah satu program pada saya amatlah sesuai dan tepat pada masanya. Ketika kegawatan ekonomi melanda ini, simpanan dan insuran adalah perkara wajid yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia. Ini pelaburan masa panjang dan menjamin kesejahteraan diri dan keluarga. Saya mesti pilih Takaful Etiqa!

Ammar, Putrajaya


TarmiziUcapan tahniah kepada Saudara Zulazri kerana telah membina satu laman yang mengajar setiap individu tentang pentingnya membuat penyediaan awal demi masa depan dengan Takaful Etiqa. Semoga usaha beliau akan diberkati dan dirahmati.

Tarmizi, Alor Star

Kata-Kata Himah

Biasakanlah bersikap jujur sekalipun di hadapanmu terlihat bahaya, sebab itu bukanlah bahaya tetapi bahagia. Jauhilah kebohongan sekalipun di hadapanmu terlihat bahagia, sebab itu bukanlah bahagia melainkan bahaya.

Keterangan Lanjut

Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah yang anda tinggalkan untuk insan yang tersayang.

 Sekiranya anda berminat untuk menyertai Skim Simpanan dan Perlindungan Takaful. Sila tinggalkan nombor telefon anda untuk penjelasan lanjut.


Nama:

No. Tel:

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini42
mod_vvisit_counterSemalam89
mod_vvisit_counterMinggu Ini42
mod_vvisit_counterBulan Ini467
mod_vvisit_counterKeseluruhan78968

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ruangan Iklan

KABINET DAPUR - HUBUNGI 0135052861

P1 Wimax Resseller Jalur Lebar Kelajuan TINGGI - 0195518787

Ingin Menjadi Wakil Etiqa Takaful?

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA