Mengapa Perlu Takaful - Siri 3 PDF Print E-mail
Written by Zul – Azri Hosaini   
Monday, 03 August 2009 03:27

UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS

1.                  Gharar (ketidakpastian)

Gharar menurut syarak

Islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjianyang dimetrai antara pihak yang membuat perjanjian mestilah jelas tentang perkara yang diakadkan itu.

Rasulullah s.a.w melarang jual beli gharar sebagaimana sabdanya, yang bermaksud:

     “Rasulullah s.a.w melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar (ketidakpastian)”.

Hadis Riwayat al-Baihaqi

Unsur Gharar dalam Kontrak Insurans

i.                    Tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan;

ii.                   Tidak diketahui kadar bayarannya; dan

iii.                 Tidak dikatahui bila masanya.


Kontrak Insurans mengandungi unsure gharar kerana:

          “Apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak dapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli”.

Keadaan ini betepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan:

          “Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya”.

Dengan sebab itu, kontrak insurans adalah dikira haram kerana wujudnya unsur gharar (ketidakpastian) dan ketidaktentuan perkara yang dikontrakkan itu. Dr. Muhammad Abdul Mun`im al-Jammal turut menegaskan terdapat kelemahan dan keburukan dalam sistem insurans konvensional iaitu gharar (ketidakpastian) dan jahalah (kesamaran) serta undur perjudian dan pertaruhan.

 

2.                 Maisir (Judi)

Maisir menurut syarak

Maisir atau judi, dari sudut bahasa ialah “mendapat sesuatu dengan cara mudah” atau “mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya”.

Pengharaman Maisir (judi) ini adalah bersandarkan firman Allah s.w.t.:

          “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, maisir, berhala, bertenung nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan”.

          Surah al-Maidah (5):90

 

Unsur Maisir dalam Kontrak Insurans

Diantara unsur maisir yang wujud dalam kontrak insurans adalah seperti berikut:

i.                    Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

ii.                   Peserta hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.

iii.                 Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya membayar sebahagian premium yang dipersetujui, tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal-usulnya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian disebabkan tuntutan yang seolah-olah bergantung kepada nasib disebabkan wujudnya unsur gharar. Keuntungan daripada nasib inilah yang dianggap seperti berjudi.

Keseluruhan asas kontrak insurans adalah berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi yang mana ianya mungkin berlaku atau tidak. Asas sebegini lebih merupakan satu pertaruhan.

 

3.                 Riba

Riba menurut Syarak

Dari sudut bahasa bermaksud “pertambahan” atau “menambahkan”. Islam mengharamkan peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan demi melindungi kepentingan golongan yang kurang berkemampuan. Pengharaman riba ini terkandung di dalam firman Allah s.w.t.:

          “Dan Allah menghalallkan jualbeli dan mengharamkan riba”

           Surah al-Baqarah (2):275

          “Rasulullah s.a.w. mengutuk pemakan (pengambil) riba, pemberi makan yang riba, penulisnya dan saksinya, seraya bersabda mereka semuanya sama”

           Hadith Riwayat Muslim

 

Unsur Riba dalam Kontrak Insurans

Keadaan ini berlaku dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam sesetengah produk insurans hayat. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (riba) dengan kadar yang telah ditetapkan ke atas pemegang polisiyang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Premium yang terlewat bayar akan dikenakan bunga (riba) mengikut kadarnya yang tertentu dan ini nyata melibatkan unsur riba.

Unsur riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Keseluruhan simpanan tabungan wang syarikat insurans dilaburkan pada perlaburan yang berasaskan riba dan amalan-amalan lain yang tidak diluluskan oleh Syarak.

Sebagai kesimpulannya dapat dibezakan antara takaful dan insurans konvensional adalah seperti jadual berikut:

 

Takaful vs Insurans Konvensional

         

Sekian, wallahua`lam semoga teman-teman dapat memahami konsep takaful yang telah dinyatakan terdahulu. InsyaAllah saya akan cuba untuk mencoretkan artikel-artikel yang berkaitan dengan takaful dari semasa ke semasa. Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat teman-teman panjangkan kepada sahabat, saudara-mara, jiran tetangga juga sesiapa sahaja yang perlu tahu tentang peranan serta kepentingan takaful ini dalam kehidupan seharian kita yang tidak pernah sunyi daripada risiko.

Akhirnya, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurngan dalam penulisan ini sesungguhnya semua yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan segala kekurangan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

 

Apa Kata Mereka

AmmarProgram Simpanan Bestari Malaysia adalah satu program pada saya amatlah sesuai dan tepat pada masanya. Ketika kegawatan ekonomi melanda ini, simpanan dan insuran adalah perkara wajid yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia. Ini pelaburan masa panjang dan menjamin kesejahteraan diri dan keluarga. Saya mesti pilih Takaful Etiqa!

Ammar, Putrajaya


TarmiziUcapan tahniah kepada Saudara Zulazri kerana telah membina satu laman yang mengajar setiap individu tentang pentingnya membuat penyediaan awal demi masa depan dengan Takaful Etiqa. Semoga usaha beliau akan diberkati dan dirahmati.

Tarmizi, Alor Star

Kata-Kata Himah

Biasakanlah bersikap jujur sekalipun di hadapanmu terlihat bahaya, sebab itu bukanlah bahaya tetapi bahagia. Jauhilah kebohongan sekalipun di hadapanmu terlihat bahagia, sebab itu bukanlah bahagia melainkan bahaya.

Keterangan Lanjut

Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah yang anda tinggalkan untuk insan yang tersayang.

 Sekiranya anda berminat untuk menyertai Skim Simpanan dan Perlindungan Takaful. Sila tinggalkan nombor telefon anda untuk penjelasan lanjut.


Nama:

No. Tel:

 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini42
mod_vvisit_counterSemalam123
mod_vvisit_counterMinggu Ini254
mod_vvisit_counterBulan Ini948
mod_vvisit_counterKeseluruhan12850

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ruangan Iklan

KABINET DAPUR - HUBUNGI 0135052861

P1 Wimax Resseller Jalur Lebar Kelajuan TINGGI - 0195518787

Ingin Menjadi Wakil Etiqa Takaful?

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA